Wednesday, 4 April 2012

Pakaian masyarakat Melayu



  • BAJU MELAYU
Biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju Melayu potongan Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. 

BAJU MELAYU TELUK BELANGA


BAJU MELAYU CEKAK MUSANG


Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut. Potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya dijahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti mata lalat dan tulang belut. Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina, di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju iaitu secara disambung terus atau dijahitkan ke bahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.

  • BAJU KURUNG





BAJU KURUNG TRADISIONAL



BAJU KURUNG KEDAH



BAJU KURUNG MODEN



BAJU KURUNG PAHANG / BAJU KURUNG PESAK GANTUNG



Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.






No comments:

Post a Comment