- Char Keoy Teow
Char
Keow Teow merupakan makanan
yang sangat popular di Malaysia dan Singapura. Secara umumnya, Char Keow Teow diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin). Ia berbentuk leper dan saiznya kira-kira 1 cm lebar. Kebiasaannya ia
akan digoreng di atas api panas dengan menggunakan kicap, sos cili, udang,
kerang, telur, tauge dan kucai cina. Selain itu, hirisan sosej cina atau
bahan-bahan lain akan ditambah mengikut citarasa setempat untuk menambah rasa
Char Keow Teow. Pada asalnya masyarakat cina akan memasaknya dengan menggunakan
lemak babi untuk menimbulkan rasa yang unik. Namun kini ia dimasak dengan
menggunakan minyak biasa. Jika dibandingkan dengan kuey teow goreng biasa, char
kway teow agak basah.Semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah
para buruh.
- Nasi Ayam Hainan
Nasi ayam Hainan telah ditemui di Hainan, China, iaitu sebuah pulau di luar pantai selatan China. Nasi ayam ini dibuat dengan menggunakan ayam Wengcheng. Daging ayam Hainan akan dihidangkan dengan nasi minyak dan rendaman cili hijau. Selain itu, Chef Hainan turut menggunakan stok tulang ayam untuk menyedapkan rasa nasi ayam. Nasi ayam Hainan berkembang melalui pendatang Hainan yang datang ke rantau ini (Singapura dan Malaysia). Perkembangannya serba sedikit turut dipengaruhi oleh orang Kantonis. Dalam pada itu, hidangan nasi ayam Hainan dikatakan telah mula bertapak di Middle Road, Purvis Street dan Koek Road lebih daripada 60 tahun yang lalu.
- Yong Tau Foo
Yong Tau Fu (juga dieja yong tao
foo, yong tau foo, atau yong tau hu, 酿豆腐) ialah sejenis hidangan sup
Cina Hakka yang
boleh didapati di Singapura dan Malaysia. Di
Malaysia, Yong Tau Fu boleh didapati di kawasan Ampang di Kuala Lumpur dan kawasan ini amat terkenal dengan hidangan Yong Tau
Fu. Secara amnyam, hidangan ini dimulakan pada awal 1960-an oleh sebuah
restoran bernama "Chew Kuan" di mana tauhu dibubuh
pes daging ikan atau khinzir, dan dengan itu hidangan ini dinamakan sebagai
"Yong Tau Foo," yang bermaksud "tauhu yang dibubuh."
Bermula dari detik tersebut, beraneka sayur-sayuran dan masakan goreng turut
dibubuh sedemikian. Oleh yang demikian nama Yong Tau Fu turut digunakan untuk
memaksudkan mana-mana makanan yang disajikan sedemikian
No comments:
Post a Comment