Wednesday, 4 April 2012
Pakaian masyarakat Melayu
- BAJU MELAYU
Biasanya
terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan
Cekak Musang. Baju Melayu potongan Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan
Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia.
![]() |
BAJU MELAYU TELUK BELANGA |
![]() |
BAJU MELAYU CEKAK MUSANG |
Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut. Potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup
atau rumah butangnya bertindan sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian
lehernya hanya dijahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang
dipadankan seperti mata lalat dan tulang belut. Baju
Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil
potongan Cina, di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan
baju iaitu secara disambung terus atau dijahitkan ke bahagian lain yang
dinamakan pesak dan kekek.
- BAJU KURUNG
![]() |
BAJU KURUNG TRADISIONAL |
![]() |
BAJU KURUNG KEDAH |
![]() |
BAJU KURUNG MODEN |
BAJU KURUNG PAHANG / BAJU KURUNG PESAK GANTUNG |
Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.
Makanan Tradisi Kaum Cina
- Char Keoy Teow
Char
Keow Teow merupakan makanan
yang sangat popular di Malaysia dan Singapura. Secara umumnya, Char Keow Teow diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin). Ia berbentuk leper dan saiznya kira-kira 1 cm lebar. Kebiasaannya ia
akan digoreng di atas api panas dengan menggunakan kicap, sos cili, udang,
kerang, telur, tauge dan kucai cina. Selain itu, hirisan sosej cina atau
bahan-bahan lain akan ditambah mengikut citarasa setempat untuk menambah rasa
Char Keow Teow. Pada asalnya masyarakat cina akan memasaknya dengan menggunakan
lemak babi untuk menimbulkan rasa yang unik. Namun kini ia dimasak dengan
menggunakan minyak biasa. Jika dibandingkan dengan kuey teow goreng biasa, char
kway teow agak basah.Semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah
para buruh.
- Nasi Ayam Hainan
Nasi ayam Hainan telah ditemui di Hainan, China, iaitu sebuah pulau di luar pantai selatan China. Nasi ayam ini dibuat dengan menggunakan ayam Wengcheng. Daging ayam Hainan akan dihidangkan dengan nasi minyak dan rendaman cili hijau. Selain itu, Chef Hainan turut menggunakan stok tulang ayam untuk menyedapkan rasa nasi ayam. Nasi ayam Hainan berkembang melalui pendatang Hainan yang datang ke rantau ini (Singapura dan Malaysia). Perkembangannya serba sedikit turut dipengaruhi oleh orang Kantonis. Dalam pada itu, hidangan nasi ayam Hainan dikatakan telah mula bertapak di Middle Road, Purvis Street dan Koek Road lebih daripada 60 tahun yang lalu.
- Yong Tau Foo
Yong Tau Fu (juga dieja yong tao
foo, yong tau foo, atau yong tau hu, 酿豆腐) ialah sejenis hidangan sup
Cina Hakka yang
boleh didapati di Singapura dan Malaysia. Di
Malaysia, Yong Tau Fu boleh didapati di kawasan Ampang di Kuala Lumpur dan kawasan ini amat terkenal dengan hidangan Yong Tau
Fu. Secara amnyam, hidangan ini dimulakan pada awal 1960-an oleh sebuah
restoran bernama "Chew Kuan" di mana tauhu dibubuh
pes daging ikan atau khinzir, dan dengan itu hidangan ini dinamakan sebagai
"Yong Tau Foo," yang bermaksud "tauhu yang dibubuh."
Bermula dari detik tersebut, beraneka sayur-sayuran dan masakan goreng turut
dibubuh sedemikian. Oleh yang demikian nama Yong Tau Fu turut digunakan untuk
memaksudkan mana-mana makanan yang disajikan sedemikian
Tuesday, 3 April 2012
Tokoh Budaya
Pakar rujuk adat dan
budaya negeri, Profesor Norhalim Ibrahim, 64,
Kurator Muzium Adat di Kuala Klawang, Jelebu. Bekas pensyarah Universiti
Putra Malaysia (UPM) itu adalah juga anggota Jawatankuasa Penyelidikan Budaya
Negeri Sembilan.
Beliau juga dianggap tokoh sejarah, adat, budaya dan
warisan Negeri Sembilan kerana banyak menghasilkan buku, artikel dan
sebagainya. Di samping itu, beliau juga banyak menyumbang artikel kepada akhbar Utusan
Malaysia melalui ruangan Adat Perpatih yang diwujudkan setahun lalu. Beliau merupakan pakar rujuk adat dan sentiasa mahu memartabatkan adat serta
budaya negeri ini kepada umum. Beliau adalah penyelidik kental dalam adat
perpatih.
Beliau banyak menghasilkan buku mengenai sejarah adat dan budaya Negeri Sembilan dan yang tidak lokek memberi ilmu, pandangan dan sentiasa bersedia bekerjasama untuk membuat penyelidikan mengenai sejarah, adat dan budaya Negeri Sembilan.
sumbangan besar beliau ialah membuat penyelidikan terutama mengenai Adat Perpatih dan sejarah Negeri Sembilan.
Antara buku karya beliau ialah :
Mutiara Kata
"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" - Dr. Mahathir Mohamad.
"Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan" - Peribahasa Arab.
"Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang" – Samuel Johnson
Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Al Imran : 159
Subscribe to:
Posts (Atom)